Wednesday, November 24, 2010

Cinta yang hadir adakah hanya untuk gadis yang istimewa sahaja
Cinta yang hadir adakah hanya untuk gadis yang jelita sahaja
Cinta yang hadir adakah hanya untuk yang terpilih sahaja
Aku adalah aku
Yang mencari cinta untuk diisikan didalam kotak hati yang sepi ini
Yang masih mencari cinta dan memahami apa itu cinta
Aku buta
Buta untuk mengenali apakah itu cinta
Aku bisu
Bisu untuk bertanya apakah itu cinta
Aku bodoh
Bodoh kerana tidak ingin mencari cintaku
Ya semua itu adalah aku
Dulu aku tidak percayakan cinta
Bagiku cinta itu buta
Dan ianya menyakitkan
Ia hanya untuk mereka yang betul-betul memerlukan
Aku adalah siapa yang memerlukan cinta
 Tapi kini baru aku tersedar aku salah selama ini
Salah menilai segalanya
Salah menilai erti cinta
Kenapa ia terjadi pada aku setelah sekian lama
Aku menyepikan diri dan lari dari mu cinta
Kini baru kutahu betapa  hebat kekuatan mu
Kau mampu mencairkan hati yang sudah lama membeku ini
Kau mampu membuka hati yang sudah lama terkunci ini
Aku sudah tidak mampu lari lagi wahai cinta
Tolong bantu aku untuk lebih mengenali mu cinta
Kerana aku sudah penat dan buntu
Semakin aku lari semakin kau akan datang mendekati

No comments:

Post a Comment