Wednesday, February 2, 2011

why????

Kenapa lelaki ego??
Saya wonder kenapa lelaki kat zaman sekarang sangat tinggi ego mereka. Dalam setiap aspek sekalipun, tak pernah luntur ego mereka di hadapan kaum wanita. Bagi mereka ego mereka adalah lebih penting dari perasaan orang yang menyangi di sekeliling dia.
Kadang kala timbul rasa geram dengan keadaan mereka, menegakkan ego mereka dalam hal yang remeh temeh sekalipun. Kenapa mereka tak nak fikirkan perasaan orang lain juga.
Perkara yang paling ketara sekali mengenai ego mereka ini adalah apabila mereka memiliki masalah. Tak kira sebesar mana pun masalah mereka, mereka takkan share dengan kita. Bagi mereka mans problem. So mereka boleh settle dengan cara sendiri. Mereka hanya beritahu kita yang mereka ada masalah dan tak akan beritahu kita masalah yang mereka hadapi. Just like I told you before “men’s problem” so mereka akan settle sendiri. Even da settle pun masalah mereka, keberangkalian mereka akan cerita dekat kita apa yang terjadi adalah kurang dari 10%.
Kaum lelaki di luar sana dengarlah apa yang cuba saya ingin sampaikan ini.
Saya sebagai kaum wanita hanya nak anda tahu kami sangat sayangkan anda. Kadang kala sayang kami lebih dari diri kami sendiri. Kalau tak percaya lihat lah ibu bapa kita. Bagaimana ibu kita menyayangi ayah kita, kasih sayang seorang isteri kepada seorang suami sehingga sanggup berenang lautan api.
Jikalau anda mempunyai masalah share dengan kami. Walaupun masalah itu tak mampu kami selesaikan, tetapi sekurang-kurangnya kami ingin anda tahu kami ada di sisi anda ketika anda memerlukan sokongan kami. Jangan sekadar memberitahu kami yang kamu ada masalah dan tidak ingin memberitahu masalah yang anda hadapi. Kami bukan tunggul, malahan kami ada perasaan yang diberi ilahi. Kami ada perasaan risau kan keadaaan kamu. Risau kami sehingga kalau makan tak kenyang, tido tak lena dan mandi tak basah. Kalah orang yang bercinta. Agak kelakar, tetapi itulah hakikatnya yang sebenar.
Wahai kaum lelaki.
Kami bukan tempat untuk anda nak buat kami risau akan keadaan kamu. Kami bukan punching back kamu. Kamu hanya express kan perasaan kamu pada kami dan buat kami tertanya apa yang sudah berlaku kepada kamu sehingga kamu sangat sedih,marah atau kecewa pada ketika itu. Tahu tak kamu kami sangat rasa berbangga jikalau kamu ingin berkongsi masalah kamu dengan kami. Senang kata kami rasa sanggat terharu jikalau kamu sanggup menagis di atas bahu kami. Sekuran-kurangnya kami tahu bahawa kami diperlukan dan diinginkan.
Lelaki dengarlah sini.
Hawa dicipta di dunia ini adalah untuk peneman Adam dikala baginda sunyi di syurga. Hawa dicipta untuk berkongsi masalah dengan Adam ketika Adam mengalami masalah. Maksudnya disini wanita dicipta untuk lelaki bukan hanya untuk nafsu semata-mata, tetapi untuk pelbagai perkara.
Apa gunanya pepatah ini “di setiap kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita di belakang mereka, every man glory must have women beside them to give support and love” kalau kebenaranyanya tidak benar. Jangan lihat kami wanita kaum yang lemah kerana sekarang kami juga mampu melakukan perkara yang anda laku kan wahai lelaki. Bukan niat saya untuk berkata besar tetapi ada juga pepatah yang berkata “ tangan yang menghayun buayan juga boleh mengocang dunia” jadi fikirkan lah wahai lelaki apa yang cuba saya sampaikan.

2 comments: